Eddie Van Halen
Eddie Van Halen

Eddie Van Halen

Edward Lodewijk van Halen (26 Januari 1955 - 6 Oktober 2020) merupakan seorang pemuzik Amerika Syarikat. Beliau ialah gitaris kumpulan rock A.S., Van Halen. Van Halen dikenali sebagai salah seorang pemain gitar elektrik yang memiliki banyak inovasi permainan sehingga namanya dikenali secara meluas. Van Halen sendiri popular di seluruh dunia pada tahun 1980-an.Beliau dan adiknya, Alex Van Halen, dilahirkan kepada pasangan Jan Van Halen (1920-1986), seorang pemain saksofon Belanda yang memiliki keturunan Sweden, dan Eugenia van Beers (1914-2005), seorang Eropah-Indonesia (Indo), dari Rangkasbitoeng. Keluarganya berhijrah pada tahun 1962 ke Pasadena, California. Di sini bapanya mengajar anaknya bermain piano. Tak lama kemudian mereka beralih ke dram (Eddie) dan gitar (Alex), yang diberikan oleh bapa mereka. Alex, yang lebih suka bermain dram milik Eddie, malah kemudian lebih mahir bermain dram sehingga Eddie beralih mendalami gitar. Mereka berdua mula mengisi kegiatan muzik di sekolah dan pelbagai tempat dengan mengajak beberapa pemuzik lain. Pada masa inilah mereka memutuskan membentuk kumpulan Mammoth. Setelah beberapa kali bekerja sama dengan David Lee Roth mereka memutuskan untuk mengambilnya menjadi vokalis, setelah sebelumnya Eddie mengisi posisi ini. Setelah merekrut Michael Anthony untuk posisi pemain gitar bes, keahlian kumpulan mejadi lengkap ini dan mereka bertukar nama kepada Van Halen pada 1974.Beliau meninggal pada 6 Oktober 2020 akibat kanser kerongkong yang telah dideritanya selama lebih dari lima tahun.[1][2]

Eddie Van Halen

Berasal dari Pasadena, California, A.S.
Pekerjaan Pemuzik
Nama lahir Edward Lodewijk van Halen
Pengkarya berkait Van Halen, Steve Vai, Michael Jackson, Sammy Hagar, Brian May, LL Cool J
Instrumen Gitar, vokal, keyboard
Juga dikenali sebagai EVH
Syarikat rakaman Warner Bros.
Meninggal dunia 6 Oktober 2020(2020-10-06) (umur 65)
Santa Monica, California, A.S.
Laman sesawang van-halen.com
Kelahiran (1955-01-26)26 Januari 1955
Nijmegen, Belanda
Genre Hard rock, Heavy metal, Pop rock, synth rock
Tahun aktif 1971–2020